
Klik Sini Untuk Dapatkan Kad Hari Raya Anda
Assalamualaikum.. =) Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat saudara sekalian.. Semoga Allah memberkati kita semua! Insya Allah dengan izin-Nya, inilah kali pertama aku lalui ramadan di bumi Semenanjung ini.. Alhamdulillah.. setakat nie.. semuanya berjalan dengan baik.. aku suda memiliki sebuah peti sejuk. mudahlah untuk memasak waktu sahur nanti.. Sabtu (hari pertama Ramadan) dan Ahad aku dan kakak berbuka puasa dengan abang.. pertama kali juga rasanya melalui awalan Ramadan dengan abang ku.. selama nie hanya berpuasa dengan dia di hujung Ramadan. itupun kerana dia senantiasa berjauhan dengan kami. Alhamdulillah tahun ini dapat menunaikan ibadah puasa bersama sama dengan abang..
Ramadan.. banyak peristiwa berlaku di bulan ini.. semuanya mematangkan dan mendewasakan aku sebagai seorang hamba Allah. aku yakin.. setiap ujian yang datang itu dari Allah jua.. dan aku sangat yakin bahawa Dia tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu untuk kita memikulnya..
Walaupun arwah mak telah tiada.. aku masih meneruskan tradisi membersihkan rumah sebelum ramadan tiba.. arwah mak.. sungguh aku rindu pada masakan arwah.. bulan yang penuh dengan keberkatan ini senantiasa mengingatkan aku pada kedua ibubapa yang telah pergi..
Ramadan ini senantiasa dinanti.. di bulan inilah.. umat Islam melipatgandakan ibadah.. mencari keredhaan Ilahi.. Semoga Allah menerima setiap amalan kita.. =) Salam Ramadan.. semoga kehadirannya menjadi turning point pada kita untuk menjadi insan yang lebih beriman dan berguna..

